Monday 6 August 2012

Karangan Dialog - Admin1


Tajuk: Kamu seorang guru yang ingin membawa anak murid kamu untuk berkhemah. Tulis perbualan/dialog antara kamu dan pengusaha chalet untuk membuat tempahan. Karangan kamu hendaklah melebihi 80 patah perkataan. 

Rangka karangan - 

Pendahuluan 
aktiviti perkhemahan - menempah - perbualan 

Isi - isi penting 
a) jumlah peserta 
b) bayaran 
c) minta diskaun 

Penutup 
ucapan terima kasih 


Karangan 

Guru dan ahli-ahli jaawatankuasa pengakap telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti perkhemahan. Namun begitu, mereka masih belum menempah tempat perkhemahan. Ikuti perbualan antara guru pengakap, Cikgu Rosli dan pengusaha chalet, Encik Naim. 

Encik Naim : Selamat petang. Terima kasih kerana menghubungi kami. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?

Cikgu Rosli : Selamat pagi. Saya Encik Rosli dari Sekolah Kebangsaan Hulu Langat. Bolehkah saya bercakap dengan pengusaha Chalet Mutiara?

Encik Naim : Ya, saya bercakap di talian. 

Cikgu Rosli : Tujuan saya menelefon pihak Encik adalah untuk menempah kawasan perkhemahan di tempat Encik. Kami bercadang untuk berkhemah di sana pada 30 April selama tiga hari dua malam. Boleh tidak, Encik?

Encik Naim : Boleh, tetapi berapakah jumlah peserta yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan ini? 

Cikgu Rosli : Jumlah murid ialah 40 orang manakala guru pengiring pula seramai tujuh orang. Sebelum terlupa, bolehkah tidak tidak saya mengetahui berapakah jumlah bayaran yang dikenakan?

Encik Naim : Buat pengetahuan encik, kami menyediakan pakej perkhemahan. Pakej itu berjumlah RM50.00 setiap peserta. Adakah encik mahu menbayar secara biasa atau encik berminat dengan pakej kami?

Cikgu Rosli : Bolehkah saya tahu apakah kelebihan pakej tersebut?

Encik Naim : Pakej itu termasuklah makanan, alatan perkhemahan, penginapan di dalam dorm sekiranya hari hujan, dan bayaran jurulatih. 

Cikgu Rosli : Saya bersetuju dengan pakej itu. Jika saya kira, jumlah harga itu adalah RM 2350.00. Bolehkah tidak saya meminta diskaun kerana kami perlu membayar tambang bas dan sarapan. 

Encik Naim : Pakej itu menyediakan diskaun sebanyak 25% jika peserta melebihi 40 orang. Peserta dari sekolah encik melebihi had itu. Jadi, encik layak menerima diskaun. 

Cikgu Rosli : Okey, saya bersetuju. Jika ada apa-apa perubahan, pihak kami akan menelefon pihak encik. Maaf jika saya menyusahkan atau membazirkan waktu encik. Terima kasih. 

Encik Naim : Oh, tidaklah. Sama-sama. 

1 comment: