Wednesday 8 August 2012

Melengkapkan cerita - Admin1


Tuliskan sebuah karangan yang berakhir dengan perenggan berikut.... 
... Budak lelaki itu akhirnya memohon maaf atas kesalahannya. Aku dengan perasaan terharu memaafkan kesalahan budak lelaki itu. Sejak hari itu, aku dan budak lelaki itu menjadi sahabat baik. 

Pendahuluan 
rehat  - rakan 

Isi-isi 
a) duit - kelas - ambil
b) beg terbuka- dompet hilang - melaporkan kepada guru
c) saksi- jumpa- memeriksa 

Penutup
mengaku - janji 

Karangan 

    Loceng rehat telah pun berbunyi. Aku dan Nurul mengemas meja kami lalu turun ke kantin untuk membeli makanan. Aku berjalan beriringan dengannya. 

    Semasa hendak membeli makanan, aku terlupa bahawa duitku tertinggal di kelas. Aku mengajak Nurul menemaniku ke kelas. Dia bersetuju dengan cadanganku. 

    Setibanya aku di kelas, aku dapati bahawa beg sekolahku terbuka. Aku juga mendapati duit sakuku yang bernilai RM5.00 di dalam sebuah dompet berwarna merah pemberian Nurul telah hilang. Aku dan Nurul ke bilik guru untuk melaporkan hal ini kepada guru bertugas. 

    Tiba-tiba, seorang pengawas telah memberitahu bahawa dia ternampak seorang budak lelaki memasuki kelas kami lalu membuka begku. Setelah mengetahui ciri-cirinya, aku, Nurul dan guru bertugas pergi menemuinya. Setelah menanyakan hal tadi, dia tidak mengaku. 

   Kami mengambil keputusan untuk memeriksa poketnya. Nurul telah menjumpai dompet milikku. Akhirnya, budak lelaki itu mengaku. Dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai wang saku. Guru bertugas menasihatinya dengan lemah lembut. Dia berjanji tidak melakukan fiil itu lagi. 

   Budak lelaki itu akhirnya memohon maaf atas kesalahannya. Aku dengan perasaan terharu memaafkan kesalahan budak itu. Sejak hari itu, aku dan budak lelaki itu menjadi sahabat baik.

2 comments: